Daripada idea menjadi realiti

Membangunkan rumah mampu milik dan memastikan kehidupan masa depan yang boleh meningkatkan kualiti hidup

Mengenai Kami

Megah Land Development Sdn Bhd ditubuhkan pada 2018. Kami beroperasi di Pusat Perniagaan Bestari, Jalan Permata 1/KS09, Taman Perindustrian Air Hitam, 42000 Klang, Selangor Darul Ehsan. Kami mula menceburi bidang ini pada pertengahan 1990-an sebagai kontraktor berpengalaman dan pembangunan hartanah di Lembah Klang dan Johor Bharu.

Megah Land Development Sdn Bhd diketuai oleh 3 orang pengarah iaitu MR. JASON KONG, MR. ANTHONY LING & MR. LEE TIUNG PING. Syarikat ini aktif membangunkan projek pada masa akan datang.

Kami berbangga kerana sebahagian besar projek kami datang dari perniagaan berulang dan mempunyai reputasi yang kukuh untuk kelebihan daya saing kami. Ia dicapai melalui perhatian kami terhadap perincian dan pasukan berpengalaman untuk memastikan kepuasan pelanggan diberikan oleh Megah Land Development Sdn Bhd.

Objektif Kami

Memaksimumkan kepuasan pelanggan
Bertujuan untuk melebihi jangkaan dengan cara yang efektif untuk memaksimumkan kepuasan pelanggan

Penyampaian projek yang berjaya datang dari pendekatan yang sangat fokus. Penglibatan Pengarah Utama dipastikan pada setiap projek dari awal hingga akhir kerana hanya 4-5 projek maksimum dijalankan pada satu masa, memastikan isu ditangani dengan cekap dan cepat dalam penyerahan kertas kerja. Pengalaman ini dimantapkan pula dengan kakitangan yang berpengetahuan tinggi dan berpengalaman memberikan pendekatan yang sangat profesional dan berdaya saing. Ini adalah set kemahiran yang diperlukan untuk merealisasikan projek rumah mampu milik.

Kami berhajat ingin membina 150 rumah mampu milik setiap tahun di Lembah Klang. Kelebihan daya saing kami termasuk pengetahuan teknikal kami dalam melibatkan pelbagai bentuk sistem kerja dan metodologi pembinaan.

Visi

Membangunkan rumah mampu milik pada harga berpatutan dan kehidupan masa depan yang mampan yang boleh meningkatkan kualiti hidup.

 

Misi

Falsafah dan tujuan kami dalam menyiapkan projek perumahan ini adalah dengan membangunkan projek mengikut masa yang ditetapkan dengan reka bentuk moden dan elegan serta berkualiti tinggi. Kami komited untuk mewujudkan ikatan yang tidak terhingga dengan pelanggan-pelanggan kami melalui produk akhir dengan integriti tinggi, jaminan kualiti dan slogan kami iaitu:

DARI IDEA MENJADI REALITI